A Relaxed Start to Year 2020

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

I've been discussing with Dear Husband (henceforth, DH) to start writing some sort of a diary sebab kebelakangan ini, I have trouble recalling events and memories. Adoi, makcik dah semakin tua, huhuhu. While others update their posts in fb, saya pilih to blog sebab boleh tulis panjang-panjang and tak menyemakkan timeline kawan-kawan.

To start year 2020, I suggested to DH for us to go for massages, not those yang picit-picit biasa tapi lebih kepada therapeutic massage. Sedang scrolling down ig, ternampak post seorang kawan tentang pengalaman berurut di Rumah Hutan Terapi Alam Bonda Rozita. Haa, terus saya cepat-cepat dapatkan consent DH and browsed through website Rumah Hutan Terapi Alam Bonda Rozita.


Websitenya mesra pengguna, saya klik saja pada pakej dan pilih pakej yang saya minat based on the descriptionsSince memang bercadang untuk ambil massage ke arah pembaikan/ penyembuhan, saya pilih massage di bawah kategori meditasi untuk wanita dan lelaki instead of spa. Selepas baca penerangan tentang rawatan, saya pilih pakej Meditasi Patma Sari for myself and Meditasi Telunjuk Dewa for DH. Once I clicked on 'Lagi Info' and 'Tempah Sekarang' buttons, signed in with my Google account, terus saja booking page pop-outThen saya boleh terus pilih tarikh dan masa urutan, bergantung kepada kekosongan slot yang ada.

Booking was to be made separately for each massage package so jenuh juga to check and cross-check pakej, tarikh dan masa yang available to make sure that both myself and DH boleh berurut pada masa yang sama. Harus la begitu kan, alang-alang datang biar dua-dua dapat berurut. Akhirnya, after careful considerationsaya buat tempahan pada 23 dan 24 Disember 2019 untuk dapatkan slot rawatan pada pagi 1 Januari 2020. 

Pakej Meditasi Patma Sari ambil masa 2 jam tapi Meditasi Telunjuk Dewa hanya 1 jam, jadi saya tempah slot jam 9.00 pagi untuk saya dan jam 10.00 pagi untuk DH so that both massages will end at the same time. Booking confirmation diemelkan pada saya with an instruction to deposit an amount of RM55 for each massage package booked. Once the deposit was made, the payment receipt and invoice were emailed to me.

Sehari sebelum hari kejadian, admin Rumah Hutan hantar reminder email tapi right after, they called to reschedule my session to 10.00 am instead of 9.00 am memandangkan Mak Halimah, the assigned Masseuse balik ke Indonesia and saya akan diurut oleh Mak Seri as the replacement. So sama la waktu mula rawatan for myself and DHAlhamdulillah, it was actually a blessing in disguised since risau juga kena bertolak awal pagi selepas Subuh dari Putrajaya sebab dinasihatkan sampai at least 30 minit sebelum sesi rawatan untuk pendaftaran, buat bayaran and to wait for the transport to bring us up to tempat rawatan.

Tiba hari kejadian, we left Putrajaya around 7.30 am after a quick stop for a takeaway breakfast (read: sandwiches from Shell petrol station), took the route suggested by Waze through Besraya, MRR2 all the way to KL-Karak Highway before taking Genting Sempah exit. Instead of ascending all the way up to Genting Highlands, we took the second exit at the roundabout to Jalan Batang Kali-Genting Highlands. From there, it was about 14km before we reached Rumah Hutan reception area di sebelah kiri jalan at 9.00 am. So perjalanan ambil masa dalam 1 jam 30 minit since trafik awal pagi masih lancar, weeee!! Pastikan sampai awal kerana tempoh rawatan akan tamat pada masa yang ditetapkan walaupun bermula lewat bagi memastikan tempoh yang diperuntukkan untuk pelanggan seterusnya tidak terjejas. Rugila kalau bayaran dibuat untuk 1 hour massage tapi tempoh 1 jam tak dapat dipenuhi.



Reception and waiting area cantik dan selesa sungguh dan memandangkan masih awal, belum ramai pengunjung dan kami tak perlu menunggu lama untuk urusan pendaftaran. Pelanggan yang ambil pakej berurut selama 2 jam diberikan door gift berisi sachet Kopi Badang dan Kopi Ratu. Produk JRM pun ada dipamerkan untuk jualan. 





Jam 9.30 pagi kami dijemput naik trak untuk ke tempat rawatan. Semua urusan turun dan naik memang akan menggunakan trak ini. 

Once sampai di atas, trak berhenti di hadapan bangunan Surau dan staff akan bawa pelanggan lelaki dan wanita secara bersasingan ke tempat rawatan masing-masing. DH dibawa ke bilik rawatan di bahagian atas bangunan Surau while myself was lead to bangunan-bangunan kayu di sebelah kiri bangunan Surau. Bagi yang bawa family members, mereka boleh tunggu di Surau atau Warung Bonda sambil-sambil selfie/ wefie dengan pemandangan yang cantik.


Pakej Meditasi Patma Sari bermula dengan rendaman kaki dalam air suam yang dicampur dengan Magnesium Chloride Flakes selama 10 hingga 15 minit sambil tapak kaki digosokkan pada batu-batu sungai. 


Selesai rendam kaki, saya dibawa ke bilik rawatan yang dilengkapi dengan tilam nipis dilapik dengan kain batik. Mak Seri hulurkan sepasang kain batik untuk persalinan, memang berurut hanya pakai kain batik saja. Berurut macam in open air, cahaya matahari dan angin masuk melalui tingkap yang dibuka, kipas dan aircond juga ada. Risau juga kalau ada orang yang boleh menjenguk dan nampak dari luar tapi bilik-bilik rawatan disediakan di bahagian atas jadi tiada orang yang lalu lalang. 




Berurut memang sedap, ditambah lagi dengan alunan muzik tradisional, tapi ada juga bahagian badan yang terasa sakit diurut especially buttock area untuk memperkemaskan punggung dan bahagian perut untuk menaikkan rahim. Bagi sesetengah orang macam my DH, mungkin terasa sengal di beberapa bahagian badan selepas rawatan. Bila ditanya dalam perjalanan balik kenapa DH diam saja, sakit di celah peha ditekan Pak Pian katanya. Mak Seri tegur juga rambut saya yang dah mula beruban, "Jangan stressed", pesannya, "Urusan kerja hanya pada waktu kerja, balik dilupakan." Adoi, akan ku cuba, Mak Seri! 

Selepas selesai, Mak Seri bersungguh-sungguh mohon maaf jika ada tersalah pegang atau tersilap nampak. Saya iyakan saja sebab memang niat untuk dapatkan rawatan.

Sedang elok masa rawatan tamat hampir jam 12.00 tengah hari. Keluar dari bilik rawatan, I headed out through gate yang cantik, jumpa DH di hadapan bangunan Surau dan terus ke Warung Bonda for lunch. Setiap pelanggan yang datang berurut diberikan kupon makan untuk seorang di Warung Bonda. 






Konsep di Warung Bonda, beratur dulu to order then patrons will be assigned a table number, bayaran pula dibuat selepas makan. Based on menu of the day, pemegang kupon disediakan nasi putih, kari ayam dan sayur goreng. Additional menu was also available, kami tambah air, ikan talapia bakar dan ikan lunak goreng. Segar dan sedap betul rasa ikannya, kulitnya garing, perapan ikan dan pencecah air asam cukup rasanya dan merupakan resepi Bonda Rozita. Perapan ikan talapia bakar gunakan kunyit, warna kunyit masih lekat di jari walaupun tangan telah dicuci dengan sabun. Ikan lunak goreng boleh dimakan dengan tulang-tulangnya yang lembut. 









Ramai juga pengunjung yang datang semata-mata untuk makan di Warung Bonda, tidak pun mengambil apa-apa pakej meditasi atau spa. Selepas buat bayaran, kami selfie dan ambil gambar dulu sambil tunggu trak. The truck brought us back to the reception area. Harga produk JRM di sini sedikit murah berbanding di pasaran jadi saya singgah beli Kurma Dhuha dan Mustanir untuk ikhtiar kesihatan, InsyaAllah. 

May year 2020 be a good year for us.

Comments